Birthday Mirza Alyssa 4 Tahun

Little E'

Little Einsteins Theme

Hari ini genap usia puteri sulung aku Mirza Alyssa binti Muzamli 4 tahun. Banyak liku2 suka dan duka dilalui bersama aku sekeluarga selama 4 tahun kehadirannya disisi. Selalu kitaorang sambut kat rumah aje. Tapi kali ni aku dan wife sambut birthday Mirza kat Mc’D. Dah tentu meriah giler… tapi lain pulak jadinya malam ni.

Actually, wife aku ada call Mc’D Senawang minggu lepas berkenaan birthday party package tu. Bila ditanya, staff yang jawab telefon tu kata “datang aje kak, kitaorang boleh uruskan takyah nak booking2 der…”, bila cakap camtu, aku pun dah excitedlah jugak pasal hal ni, kuar duit lebih pun tak mengapa. Tambahan pula dengan pakej parti tema Ben 10 tu, Mirza pulak memang minat habis dengan kartun Ben 10 nih semenjak aku pasang Astro aritu.

So, kek pun dah ditempah cuma kek tu aje yang bertemakan Rocket kenderaan Little Einstien satu lagi siri kegemaran dia. Para tetamu pun wife aku dah jemput, hanya yang terdekat sahaja lebih kurang 18 orang kesemuanya yang datang malam ni.

Dan seperti yang dirancangkan, kitaorang pun berkumpullah kat Mc’D kat Dataran Senawang. Sampai kaunter tadi, wife aku pi la tanya kat staff leader yang bertugas malam ni pasal pakej birthday tu. Dan yang mendukacitakan, staff tu inform yang pakej tu kena booking 2 minggu sebelum tarikh nak guna. Aku rasa nak pelangkung aje minah tu dan lebih2 lagi hamba allah yang jawab telefon aritu. Nasib baiklah tak terfikir aritu nak ambik nama. Hampeh betul aku rasa! Lepas tu, wife aku cuba gak pujuk, kut2 boleh guna bilik tu sebab taknak ganggu customer lain makan. Pun tak boleh jugak… banyak betul reason2 dia…  “Ceh, kalau camtu takpelah kita susun aje meja kat luar nih… blockkan ajelah… lantak pilah”….  “Birthday Parties are @ McDonald’s” dengan moto “Come Celebrate With Us!” kekeke poyo ya amat.

So kitaorang order mana yang patut, then makan kek tanpa bakar lilin, nyanyi2 happy birthday mahupun tiup lilin. Then balik rumah mak mertua dan sambung semula majlis tadi yang aku rasa menyesal buat kat Mc’D. Itulah yang pertama dan yang terakhir. Tapi yang penting sekali anak aku Mirza suka dan gembira menyambutnya walaupun tak tahu apa yang berlaku disebalik peng-organizer yang tak menjadi tu… hehehe

“Selamat Hari Jadi buat sayang papa, Mirza Alyssa yang ke 4 tahun. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidupmu selamanya”

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 55% [?]


You may like this: Make money from your Website or Blog

Tags: , , , , ,

This entry was posted on Tuesday, November 25th, 2008 at 11:19 pm and is filed under My Life. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply