Sifoo.com memerlukan sumbangan anda!
Salam Sejahtera!
Sifoo.com akan terpaksa ‘bergelap’ seketika di atas sebab teknikal. Kami mengalami masalah server yang kronik. Server ‘usang’ kami sudah tidak mampu lagi menampung apa yang ada sekarang ini.
Untuk pengetahuan, server ‘usang’ tersebut dibeli pada 2004 dengan sumbangan-sumbangan yang diterima daripada pengunjung-pengunjung setia Sifoo.com. Sifoo.com hidup dengan wujudnya komuniti ‘Sifoorian’ yang sangat harmoni dan saling berkongsi ilmu dan pandangan.
Oleh yang demikian, kami di Sifoo.com sekali lagi ingin memohon ‘bantuan kemanusiaan’ agar Sifoo.com ‘bercahaya’ kembali. Kami ingin membuat kutipan sumbangan kilat agar dapat membeli server baru dalam lingkungan harga RM4,500.00. Di waktu sedang menulis ‘ucapan’ ini, kami sudah pun menerima sumbangan lebih kurang RM2,000 (secara verbal).
Jadi, kami harap sangat jika ada yang sudi membantu bagi menambah kutipan sumbangan. Nilaian tidak penting, asalkan yang ikhlas. Kecil atau besar, kami terima. Asalkan Sifoo.com boleh kembali memberi sumbangan kepada anda semua, masyarakat Malaysia. Sifoo.com akan terus kekal sebagai komuniti besar (percuma) di atas sokongan anda semua.
Terima kasih. Semoga dengan sumbangan anda diberkati sepanjang hayat. Insya-Allah.
Yang benar,
IMRAN ABDUL JABAR
Pengasas Sifoo.com
(ijabar@yahoo.com)
JUMLAH KUTIPAN SETAKAT INI : RM2841
Maklumat Sumbangan:
Akaun: 162106329055
Bank: Maybank Berhad
Penama: Elita Fariza Binti Shafee (Bendahari Sifoo.com)
Emel: eelliete@yahoo.com
Sifoo.com dan komunitinya telah banyak membantu aku dari mula aku menceburkan diri dalam dunia grafik ini. Kepada yang muda mentah belia mungkin tak terasa keperitannya. Kepada otai2 lama jom tolong beb!
Kepada yang ingin membantu dipersilakan membuat sumbangan ke maklumat akaun yang tertera. Kepada yang hanya nak membatu… duk ontok2 jer… Sekian
Popularity: 33% [?]
Tuanku Ja’afar mangkat (1922-2008)

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar. Baginda berusia 86 tahun.
Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok (Isnin 29-12-08) selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.
Takziah kepada semua kaum kerabat Baginda Tuanku Ja’afar.
Al-fatihah…
Popularity: 49% [?]
Complete transfer artikel
Complete transfer semua artikel2 lama dari weblog nucleus ke wordpress. Mana yang kena taip balik tu pun ada dan tambahan yang baru pun ada. Actually aku taklah mahir sangat nak tulih benda2 menarik, tapi aku cuba juga… tak menarik buat2lah cam menarik… hahaha. WordPress ni pun baru pertama kali aku guna. Banyak lagi function2 yang perlu aku godek2 lagi.
Kali ini aku hidangkan Muzamli.com dengan versi 3.0 Revolution Lifestyle. Asal tema Revolution Lifestyle yang aku dapat percuma, kemudian godek2, jahanamkan sampai aku puas hati. Bersesuaian dengan revolusi kehidupan yang ingin aku masukkan dalam website aku yang terbaru ini. Perjalanan hidup aku semakin interesting…
Popularity: 30% [?]
Pendaftaran Mirza Alyssa
Petang tadi aku dan wife pergi daftarkan Mirza ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) AL-AMAL di Taman Marida Senawang dua blok belakang rumah kami aje. Wife aku yang cadangkan agar permulaan pendidikannya didedahkan dengan asas agama. Sememangnya aku bersetuju 100%, harapan aku agar dia boleh mengenal Al-Quran dan “Nur” sebaiknya. Read more >>
Popularity: 32% [?]
Brochure Krenggea Saloon & Boutique

Hari ni final jugak artwork brochure untuk Krenggea Saloon & Boutique setelah berminggu-minggu dalam proses ubah suai yang hampir memeningkan jugak. Namun yang pasti pengakhirannya client puas hati.
Menggunakan 80% gambar model yang diambil bulan lepas dan berbasekan kaler ala2 klasikal. Artwork pun dah aku subkan kat member aku Zul untuk kerja2 percetakan. Moga hasilnya setimpal dengan design yang aku buat…
Popularity: 52% [?]
Operasi pengutipan hutang
Tajuk pun cam best jer… walaubagaimanapun inilah yang sepatutnya aku buat awal bulan ini sebelum tahun baru 2009 menjelang. Operasi pengutipan hutang2 lama mahupun yang baru. Kebanyakannya payment yang belum client2 aku jelaskan sehingga kini. Yang berjanji sampai makan bertahun-tahun pun ada dan bermacam-macam ragam lagi untuk mengelak membayar. Hampeh betul punya manusia… aku cuba lagi, cukup hingga akhir tahun ini…
Popularity: 25% [?]
Twitter Updates
- Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 http://t.co/p57ySNl 5 months ago
- Selamat Hari Raya Aidilf http://t.co/H0C9LJ3 5 months ago
- Maximize your Clickbank earning using this FREE plugins. Check it out at http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- To all ClickBank Mania out there, something special to maximize your profit http://bit.ly/inB9xp 10 months ago
- Ad: Get double the value with #CNYHotTickets exclusive from Hotlink! Check out more at http://bit.ly/g0uKE5 for you to grabs! 1 year ago
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005








