Hari pertama persekolahan…

Jan 6, 2009   //   by Zam   //   My Life  //  No Comments
Let's get a $1.99 Web Hosting

Semalam adalah hari pertama persekolahan anak sulung aku Mirza Alyssa. Dan itulah kali pertama dia berjumpa ramai kawan2 yang seusia dengannya. Sebab selama ni dia hanya dijaga oleh mak mertua aku, hanya dia sahaja dalam isi rumah tu. Tapi kali ini berlainan sikit. Ramai… istilah ramai tulah yang hampir membuatkan anak aku mengalirkan air mata… takut… nak balik… namun setelah hampir sejam wife aku temankan dia kat dalam tadika tu dengan menenangkannya… dia pun reda. Semakin dia leka dengan kawan2 barunya, aku, wife  dan Marsya pun mengambil langkah pantas mencabutkan diri dari situ… bak kat pepatah… “sayang anak, tinggal tinggalkan…” Kalau tak ambil langkah sebegitu, sampai bila-bila pun dia takkan berani dan maju.

Hari ini mulalah dia buat hal lagi. Bila kejutkan pagi tadi dia mulalah menangis taknak pergi nak ajak pergi rumah wan dia. Hehehe… memang dah dijangka, namun wife aku mampu menyelamatkan keadaan. Sampai kat tadika tadi, dia asyik melekap aje dengan kami berdua… last2 wife aku pun masuk ke dalam bersama dia. Tapi pagi ni cuma ambil masa setengah jam aje untuk ditinggalkan.  Semasa ditinggalkan, barulah terdengar laungan pekikan suara dia memanggil kami berdua, kami hanya memekakkan telinga aje…

Bila habis sesi hari ni, cikgu tu kata dia hanya menangis pada permulaannya aje, tapi bila dah lama2 di situ dia ok. Lega rasanya bila mendengar apa yang cikgu tu katakan. So kami harap esok… adalah sikit perubahan… hopefully.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 35% [?]

Leave a comment


Advertising

Host Gator
CB Surge
Pakar Affiliate
Paypal

Twitter Updates

Archives

User Online

Visitor Counter

free log
Since June 2005

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.