Majlis Aqiqah Marsya Aleeya
Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Marsya Aleeya telah berlangsung pada hari Ahad, 11 Januari 2009 yang lepas. Sepatutnya majlis bermula pada jam 10.30 pagi mengikut jadual, namun sebaliknya yang berlaku pada pagi tersebut bila pasukan berzanji yang diupah telah sampai lebih awal pula, 9.00 pagi!. Aku tak taulah camne perbincangan mak mertua aku dengan ketua pasukan tersebut.
Aku pulak pagi tu terbabas (terlajak tidur) tup2 bila bangun ada 4 mis call dan 2 sms… dan jam dinding menunjukkan 9.00 pagi. Aku tak tidur kat rumah mak mertua aku, malam tu aku balik tidur kat rumah aku… tu yang sedap tidur, tanpa gangguan apa2. Tengok phone, wife aku bagi sms minta tolong bawakan baju kurung dia dan baju anak2 aku Mirza dan Marsya dan lebih mengharukan bila aku tengok detail mesej dihantar pada jam 7.30 pagi. Aduh… dah terlewat ni…
Ambik tuala terus pi mandi. Siap2 dan terus pergi. Bila sampai… jam 9.30 pagi, aku tengok memang pasukan tu dah start berzanji. Wife aku tak siap lagi, adik ipar aku pun tak siap lagi (anchor – orang kuat majlis)… Kalau diikutkan, taklah kelam kabut, kami dapat uruskan dengan baik awal pagi tu. Selesai bahagian 1 – Pasukan Berzanji, kini kami menunggu pula tetamu2, sahabat handai dan saudara mara yang lain sampai.
Bahagian 2 pula bermula. Kami mulakan dengan acara doa selamat, menjamu selera dan diakhiri dengan upacara Mencukur Jambul, taklah mencukur pun cuma tajuk tu dah sinonim dengan budaya Melayu kita. Yang dipotong hanya secebis rambut yang ada. Mujurlah rambut anak aku dah tumbuh lebat. Pengakhiran… aku, wife dan keluarga berpuas hati dengan perjalanan majlis yang kami anjurkan. Hidangan cukup membuatkan tetamu menambah 2 kali plus daging kambing yang boleh disifatkan lulus ujian kebauannya. Terima kasih pada Pak Long Alwi, kerana sudi menyembelihkan kambing aqiqah kami dengan jaya dan semua yang membantu serta tetamu yang hadir. Alhamdulillah!.
Akhir sekali, pada sesiapa yang nak cari kambing untuk buat aqiqah area Seremban boleh call nombor ni: 016-3721443 – Pakcik Baba
Popularity: 81% [?]
Leave a comment
Twitter Updates
- Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 http://t.co/p57ySNl 5 months ago
- Selamat Hari Raya Aidilf http://t.co/H0C9LJ3 5 months ago
- Maximize your Clickbank earning using this FREE plugins. Check it out at http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- To all ClickBank Mania out there, something special to maximize your profit http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- Ad: Get double the value with #CNYHotTickets exclusive from Hotlink! Check out more at http://bit.ly/g0uKE5 for you to grabs! 11 months ago
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005








