I’m back typing…
Hari ini genap 2 tahun arwah mak aku kembali ke rahmatullah. Belum lagi berkesempatan nak buat kenduri arwah dan sebagainya. Cuma aku sempat jua mensedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaassin khas buat arwah. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan dipelihara sebaiknya serta digolong dikalangan ahli2 syurgaNya… Insya’allah.
Dan hari ini jugalah aku berkesempatan setelah sebulan (bulan April) aku tak dapat nak meluangkan masa menaip sesuatu mahupun sekelumit update terkini. Job taklah menimbun sangat, tapi kepadatan masa seboleh-bolehnya memenatkan aku. Habis satu job, masuk job baru… masuk job baru, keluar job masuk job… ha3… suka aku, lebih2 lagi kalau job tu pula super urgent, memang aku dapat charge lebih. Kalau diikutkan masa aku muda remaja aritu… he3… aritu la… kira2 bawah 30, aku boleh lagi stay up sampai pukul 4-5 pagi mahupun sampai Subuh untuk menyiapkan job2 design, waktu yg paling ideal berkarya… tapi kini setelah menjangkau umur 30, nak stay up sampai pukul 1 pun seksa… masuk 12.30 tengah malam jer mata tu umpama ditarik2 untuk ditutupkan… ha3.
Anyway, job super urgent yang paling terkini adalah job untuk Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Masuk petang, pagi esok nak tengok artwork… memang gilerlah… 3 banner dan 1 backdrop. Kualiti biasalah… dah job urgent janji siap dan client puas hati… aku pun puas hati… takpe, nanti aku updatekan job2 terkini yang dah settle untuk rujukan. Yerlah, kekadang designer2 ni bukan ada idea sangat nak berkarya… kosong… blank aje… sekurang2nya dapat memberi suntikan idea untuk designer yang tengah blank… ha3
Payment pun masih ada yang tergantung lagi… bayar half2. Bayaran belum cukup diterima, tapi job urgent dan berebut2 nak masuk. Aku kalau payment tak complete, nak keluar idea pun segan2. Ntahlah, tunggulah bulan ni camne payment. Nak belikan phone baru untuk wife aku pun tak tercapai lagi… he3
Aritu ada jugak member2 aku yang offer join MLM diorang, tapi aku kata… malehlah… dah naik fed-up pun ada. Cuma aku mampu pekakkan telinga aje kalau ada yang dah start mengoreng2 dengan aku. Lagu2 indah yang dibuaikan untuk aku… arh! fed-uplah…
Popularity: 15% [?]
Leave a comment
Twitter Updates
- Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 http://t.co/p57ySNl 5 months ago
- Selamat Hari Raya Aidilf http://t.co/H0C9LJ3 5 months ago
- Maximize your Clickbank earning using this FREE plugins. Check it out at http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- To all ClickBank Mania out there, something special to maximize your profit http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- Ad: Get double the value with #CNYHotTickets exclusive from Hotlink! Check out more at http://bit.ly/g0uKE5 for you to grabs! 11 months ago
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005







