PC Upgrade Selesai
Semalan selesai operasi menguprade PC dan installation software keseluruhannya untuk studio aku. Sebelum ini aku menggunakan machine Pentium 4 @ 2.8Ghz, P4M800-M7 Motherboard, ATI Radeon 9600 Series 256MB, 1GB DDR RAM, 180Gb Quantum & Seagate hard disk dan 32×12xx48x LG Ext. DVDRW. Yang dikekalkan sehingga kini hanya Ext. DVDRW drive sahaja.
Jumaat lepas (24 Julai) aku telah membeli machine yang baru mengikut spec yang aku perlukan dan mengikut budget yang aku ada. Budget around RM1,500 kalau diikutkan mahu juga aku sambar satu laptop. Tapi itu kehendak bukannya keperluan. So keperluan yang aku beli adalah Powerlogic ATX Casing RM90, Intel Core 2 Duo E7400 @ 2.80GHz Processor RM435, Asus P5KPL-AM Motherboard RM180, Kingston 2GB DDR2 Ram dua keping RM175, Hitachi 320GB HDD SATA RM165 dan terakhir yang paling utama Nvidia 9400GT 1GB RM235. Plus pemasangan RM10… hehehe aku malas nak pasang. Jadi jumlah keseluruhan RM1290. Itu pun sebab dah tolak DVDRW Combo, Keyboard, Mouse dan upah installation windows. Read more >>
Popularity: 6% [?]
Adobe Indesign CS3
Berminggu menyepi, segalanya kurang diupdatekan. Sibuk salah satu penyumbang utamanya. Job-job jabatan kesihatan dari bro Zul GPH Art yang konsisten masuk silih berganti. Habis satu program, program lain pulak menanti. Nak ditolak, umpama menolak rezeki yang datang bergolek. Hampir juga membuatkan aku tergolek sebab kekurangan tangan untuk mencernakan idea ke screen a.k.a. tak cukup tangan la nak buat kerja. Tapi semuanya alhamdulillah setakat ni berjaya dilunaskan dan terkilan juga sebab ada job untuk projek Pameran Raja Kita dari bro Hazizi Emmier terpaksa aku tolak kelmarin.
Di awal pembabitan aku sebelum ni bila aku ada job buat publication yang melibatkan banyak muka surat aku akan menggunakan software Pagemaker, dari versi 3.0 hinggalah ke versi 7.0… dan aku selesa dengannya. Aku tunggu jugak kalau-kalau berkemungkinan akan keluar versi terbaru selepas itu, namun yang Adobe releasekan adalah Indesign. Jadi sebabkan aku ni jenis malas dan takde masa nak bukak buku belajar software baru ditambah dengan kehilangan cd installer Pagemaker 7.0 aku (missing in action) so bila ada job publication aku akan guna Illustrator sahaja. Layer by layer… huhuhu.
Namun segalanya berkemungkinan akan terus berubah selepas aku install software Indesign kelmarin. Mungkin juga Indesign akan digunapakai untuk job-job publication yang banyak muka surat selepas ini. Tapi perlu diingatkan yang Illustrator masih tetap di hati… hehehe. Ungkapan yang aku mampu katakan Indesign umpama Pagemaker + Illustrator, combination yang aku nanti-nantikan. Mungkin dah terlewat untuk aku merekomenkan software ini tapi apa yang penting bagi aku sendiri aku memang puas hati. Aku masih lagi mengetik-ngetik mouse ni menjelajah software Indesign keseluruhannya. Dan key setting yang paling utama yang aku survey sangat semasa buat job urgent buku persidangan denggi JKNNS awal pagi semalam adalah setting “Page Number”…
Yeah, banyak lagi yang aku perlu survey lagi.
Popularity: 8% [?]
Projek Album Eksklusif

Projek album eksklusif perkahwinan kali ini terkandung 2 album, 1 album untuk majlis di rumah 13 pages dan 1 album lagi untuk majlis yang diadakan di dewan Royale Bintang Seremban 10 pages. Beberapa idea2 baru terpaksa diperah dan diserapkan untuk album di dewan tersebut. Namun ianya benar2 berbaloi.
Tinggal satu lagi cd photo untuk dikerjakan. Kemungkinan esok aku akan siapkan.
Popularity: 15% [?]
Miliki Produk Percuma, Wang Percuma!
Ini adalah info dan peluang yang jarang dan sukar diperolehi, sila fokus dan tumpukan perhatian.
Dari rakan IM saya, Encik Razif Yusof
“7 Julai lepas, sahabat online saya, Justin Michie seorang jutawan internet, telah memperuntukkan USD100,000 untuk diberi kepada warga internet yang mempunyai email. Tidak kira di mana jua anda berada termasuk Malaysia.”
Ya, ianya adalah berita benar, bukan cerita kosong semata-mata. Dan pastinya dengan bersyarat. Read more >>
Popularity: 9% [?]
Projek Album Eksklusif

Hari ini siap lagi satu album eksklusif perkahwinan milik bro Razali. Job masuk pada 26 Jun yang lalu, kelewatan sebab aku terpaksa memikirkan idea2 baru untuk tambahan pages album, biasa aku buat 11 pages tapi kali ni special tambahan sehingga 14 pages. Total 28 pages kesemuanya. Teristimewa sebab dikhabarkan bahawa pengantin perempuan ini salah seorang penyanyi untuk kumpulan Lips… namanya Oshin… maaflah aku tak ambik pot sangat pun bro. Tak kenal pun… kekeke.
Tinggal 3 album eksklusif lagi milik bro Razali yang perlu aku langsaikan sebelum pertengahan bulan ni. 1 pengantin dengan 2 album eksklusif dan 1 album lagi aku belum sempat dan terokainya lagi. Job2 client lain yang tengah outstanding, pocket file, poster SPAT & paper bag untuk Jabatan Kesihatan NS dan banner pertandingan futsal Bandar Seremban Selatan Fasa 3A. Banner ni member aku mohon aku sponsor design, erhm… tengoklah camne…
Popularity: 17% [?]
Transformers: Revenge of the Fallen
Dalam sibuk2 aku dengan projek album eksklusif sempat juga aku sekeluarga plus adik ipar aku pergi menonton wayang cerita Transformers: Revenge of the Fallen semalam di Jusco Seremban 2. Wife aku dah siap2 beli tiket kelmarin dapat seat yang paling atas sekali… he2. Jadi show start jam 4.30 petang habis dalam 6.15 or 6.30 something. Before that sempat juga alas perut kat food court. Read more >>
Popularity: 11% [?]
Twitter Updates
Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005








