Adobe Indesign CS3
Berminggu menyepi, segalanya kurang diupdatekan. Sibuk salah satu penyumbang utamanya. Job-job jabatan kesihatan dari bro Zul GPH Art yang konsisten masuk silih berganti. Habis satu program, program lain pulak menanti. Nak ditolak, umpama menolak rezeki yang datang bergolek. Hampir juga membuatkan aku tergolek sebab kekurangan tangan untuk mencernakan idea ke screen a.k.a. tak cukup tangan la nak buat kerja. Tapi semuanya alhamdulillah setakat ni berjaya dilunaskan dan terkilan juga sebab ada job untuk projek Pameran Raja Kita dari bro Hazizi Emmier terpaksa aku tolak kelmarin.
Di awal pembabitan aku sebelum ni bila aku ada job buat publication yang melibatkan banyak muka surat aku akan menggunakan software Pagemaker, dari versi 3.0 hinggalah ke versi 7.0… dan aku selesa dengannya. Aku tunggu jugak kalau-kalau berkemungkinan akan keluar versi terbaru selepas itu, namun yang Adobe releasekan adalah Indesign. Jadi sebabkan aku ni jenis malas dan takde masa nak bukak buku belajar software baru ditambah dengan kehilangan cd installer Pagemaker 7.0 aku (missing in action) so bila ada job publication aku akan guna Illustrator sahaja. Layer by layer… huhuhu.
Namun segalanya berkemungkinan akan terus berubah selepas aku install software Indesign kelmarin. Mungkin juga Indesign akan digunapakai untuk job-job publication yang banyak muka surat selepas ini. Tapi perlu diingatkan yang Illustrator masih tetap di hati… hehehe. Ungkapan yang aku mampu katakan Indesign umpama Pagemaker + Illustrator, combination yang aku nanti-nantikan. Mungkin dah terlewat untuk aku merekomenkan software ini tapi apa yang penting bagi aku sendiri aku memang puas hati. Aku masih lagi mengetik-ngetik mouse ni menjelajah software Indesign keseluruhannya. Dan key setting yang paling utama yang aku survey sangat semasa buat job urgent buku persidangan denggi JKNNS awal pagi semalam adalah setting “Page Number”…
Yeah, banyak lagi yang aku perlu survey lagi.
Popularity: 8% [?]
Leave a comment
Twitter Updates
- Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 http://t.co/p57ySNl 5 months ago
- Selamat Hari Raya Aidilf http://t.co/H0C9LJ3 5 months ago
- Maximize your Clickbank earning using this FREE plugins. Check it out at http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- To all ClickBank Mania out there, something special to maximize your profit http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- Ad: Get double the value with #CNYHotTickets exclusive from Hotlink! Check out more at http://bit.ly/g0uKE5 for you to grabs! 11 months ago
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005







