PC Upgrade Selesai
Semalan selesai operasi menguprade PC dan installation software keseluruhannya untuk studio aku. Sebelum ini aku menggunakan machine Pentium 4 @ 2.8Ghz, P4M800-M7 Motherboard, ATI Radeon 9600 Series 256MB, 1GB DDR RAM, 180Gb Quantum & Seagate hard disk dan 32×12xx48x LG Ext. DVDRW. Yang dikekalkan sehingga kini hanya Ext. DVDRW drive sahaja.
Jumaat lepas (24 Julai) aku telah membeli machine yang baru mengikut spec yang aku perlukan dan mengikut budget yang aku ada. Budget around RM1,500 kalau diikutkan mahu juga aku sambar satu laptop. Tapi itu kehendak bukannya keperluan. So keperluan yang aku beli adalah Powerlogic ATX Casing RM90, Intel Core 2 Duo E7400 @ 2.80GHz Processor RM435, Asus P5KPL-AM Motherboard RM180, Kingston 2GB DDR2 Ram dua keping RM175, Hitachi 320GB HDD SATA RM165 dan terakhir yang paling utama Nvidia 9400GT 1GB RM235. Plus pemasangan RM10… hehehe aku malas nak pasang. Jadi jumlah keseluruhan RM1290. Itu pun sebab dah tolak DVDRW Combo, Keyboard, Mouse dan upah installation windows.
Mula dari Sabtu hingga semalam selesai keseluruhannya. Kenapa ambik masa sampai berhari? Biasalah… install guna Windows yang “Power”… hehehe… PC yang baru ni kena install Windows dari Service Pack (SP) 2 dan ke atas. So aku hanya ada installation SP 1 sahaja. Pinjam abang aku punya installation Windows XP dan yang lebih mengujakan XP dengan SP3 yang telah ditweak-kan. Heemm… apalagi aku guna yang inilah. PC yang baru aku install XP SP3 dan PC lama pun aku install balik guna XP SP3 juga. Cuma yang buat terlebih hari install tu sebab bila dah install kat PC lama dalam jangka masa sehari keluar pula Windows Genuine Advantage (WGA)… hampeh. Tapi akhirnya dapat juga aku menidakkan dia dengan patch penghapusan.
Satu lagi problem yang memeningkan adalah ketika aku nak install fonts. TrueType font boleh install cuma yang tersangkut adalah OpenType dan font utama font Type 1. Lepas tanya dengan pakcik Google so yang terjawab masalah tersebut adalah dari driver Nvidia yang ada. Masalah lain tentang driver dari Nvidia adalah Open GLnya (nvoglnt.dll). Masa aku guna Poser, bila aku nak select figure aje terus crash… itu pun buat sakit hati juga. Solutionnya aku dah dapat, nanti aku ada masa lagi akan aku postkan.
Popularity: 6% [?]
Leave a comment
Twitter Updates
- Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 http://t.co/p57ySNl 5 months ago
- Selamat Hari Raya Aidilf http://t.co/H0C9LJ3 5 months ago
- Maximize your Clickbank earning using this FREE plugins. Check it out at http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- To all ClickBank Mania out there, something special to maximize your profit http://bit.ly/inB9xp 9 months ago
- Ad: Get double the value with #CNYHotTickets exclusive from Hotlink! Check out more at http://bit.ly/g0uKE5 for you to grabs! 11 months ago
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005







