Kempen iLoveMalaysia dari Exabytes
Bersempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 ini, Exabytes Network ada menganjurkan kempen “iLoveMalaysia” untuk semua pengguna internet yang mempunyai website. Yang bestnya dengan menyertai kempen ini anda berpeluang memenangi beberapa hadiah-hadiah menarik seperti iPhone 3GS dan hadiah sampingan seperti Western Digital My Passport Essential 320GB… itupun kalau berpeluang menanglah tapi yang penting semangat patriotik untuk menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 ni.
Yang berminat nak turut serta, sila klik “iLoveMalaysia” ad kempen yang ada di sebelah kiri atas website aku ni.
Popularity: 4% [?]
Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan menjelma kembali, kehadirannya sememangnya dirindui dan pemergiannya nanti pasti akan ditangisi. Semoga kedatangan Ramadhan yang sesingkat 30 hari kali ini membawa serba sedikit kerahmatan dan keinsafan buat aku, keluarga dan semua muslimin dan muslimat amnya. Insya’allah.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan jimat-jimatlah berbelanja.
Popularity: 5% [?]
Projek Album Eksklusif

Sebelum mengakhiri bulan Syaaban ni, dua job Album Eksklusif Perkahwinan bro Razali yang aku terlupa nak show off kat sini. Kedua-duanya job-job minggu-minggu lepas, akhir bulan Julai dan awal bulan Ogos aritu. Sibuk nak cari solution untuk problem video card sampai aku terlupa nak postkan.
Popularity: 8% [?]
Masalah OpenGL driver Nvidia
Ketemu kita sekali lagi.
Minggu ini taklah minggu yang sesibuk sebelumnya. Solution demi solution dicari untuk memastikan studio baru aku kini dalam keadaan yang meyakinkan untuk beraksi. Jadi segala permasalahan mengenai driver kad grafik Nvidia aku telah pun berakhir. Selepas aku tanya hamba Allah yang pakar akhirnya selesai juga. Solution yang jarang difikirkan adalah dengan install semula driver yang terbaru dan yang sesuai untuk kad grafik Nvidia GeForce aku ni. Hasil yang aku perolehi dengan carian pakcik Google akhirnya aku jumpa site ni: www.guru3d.com. Jadi aku bolehlah kembali me’rendering’ dan meng’swingger’kan software Poser yang kini telah aku naik tarafkan melalui kaedah torrent ke Poser Pro. Cuma aku belum lagi berkesempatan nak install apa-apa game heavy 3d yang terbaru untuk percubaan. Nak juga tahu sejauh mana kemampuan kad grafik Nvidia 9400GT.
Untuk solution Windows Genuine Advantage (WGA) yang menyemak dan menyesakkan tu dapat dinyahaktifkan dengan menggunakan patch (bebas virus) yang boleh diperolehi di www.technize.com.
Popularity: 5% [?]
Twitter Updates
Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005








