Browsing articles from "September, 2009"

Saga dan Windows 7

Sep 16, 2009   //   by Zam   //   My Life  //  No Comments
Let's get a $1.99 Web Hosting

Manalah Saga baru ni… hehehe. Dah masuk 14 hari semenjak booking aritu, btw loan atas nama wife aku dah lulus Jumaat minggu lepas itu pun kena campur tangan dari aku jugak untuk kelulusan kira-kira nak penjamin juga la. Sekarang ni tengah tunggu nak sain aggreement dan dokumen-dokumen berkaitan, tapi bilanya nak sain tak tau le. Harap-harap dapatlah guna sebelum raya ni, tapi tengok gaya macam lepas raya jer… Tak kisah ler dapat cepat ke tak, yang penting tengah dalam proses. Bukan aku aje yang beli kereta sebelum raya kat situ, malah ramai lagi yang tengah dok tunggu kereta bila nak keluar… hahaha sabar ajelah…

Tinggal beberapa hari lagi nak raya, client-client ada yang dah slowdown dan ada yang dah bercuti raya. Jadi dikesempatan ini aku mengambil keputusan untuk mengupgrade PC aku ke Windows 7. Bukan demo yea… tapi full oem lagi tu… hahaha. Dapat review yang mengatakan Windows 7 ni lebih baik dan lebih cepat berbanding Windows Vista dan XP sendiri… itupun dari review online aje… biar aku install dan lihat sendiri kemampuan gigabyte PC aku yang bakal digigit oleh Windows 7 keluaran terbaru Microsoft ni.

Popularity: 6% [?]

Proton Saga BLM

Sep 5, 2009   //   by Zam   //   My Life  //  No Comments
Let's get a $1.99 Web Hosting

Semalam sebelum membeli juadah berbuka, aku dan wife ke Proton Edar Senawang untuk melihat-lihat model terbaru Saga Special Edition (SE). Sebenarnya kami memang bercadang nak beli sebuah kereta baru yang selesa, jarak separa jauh dan yang paling penting ianya mampu milik. Bila aku compare harga dan beberapa spesifikasi diantara kereta-kereta Perodua dengan kereta-kereta Proton jadi Proton Saga BLM menjadi pilihan. Bukan SE tapi hanya model M-Line sahaja. Sebab bila diperhatikan tak jauh bezanya tambahan istimewa dalam SE berbanding M-Line.

Kalau setakat tambahan body kit sporty, kusyen kulit dan beberapa yang aku rasa tak perlu hingga menaikkan harga kereta dan modal bayaran muka, lebih baik aku pilih M-Line sahaja. Body kit sporty boleh tambah kemudian, lebih banyak pilihan body kit sporty untuk Saga M-Line yang berada di pasaran sekarang ni. BTW kalau tak tambah body kit sporty pun dah menarik juga ingat nanti nak tukar sport rim aje, lagipun kereta ni untuk kegunaan wife aku pergi balik kerja agar lebih selesa dari kereta lama kami.

Jadi bila kami tengok harga bayaran bulanan untuk 9 tahun dan bayaran muka mengikut spesifikasi akaun bank akhirnya confirm booking Saga M-Line. Body kit sporty ke, sport rim ke apa-apa pun yang penting tunggu aje keputusan loan yang kemungkinan akan diperolehi minggu depan.

Popularity: 14% [?]


Advertising

Host Gator
CB Surge
Pakar Affiliate
Paypal

Twitter Updates

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Archives

User Online

Visitor Counter

free log
Since June 2005

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.