Proton Saga BLM

Sep 5, 2009   //   by Zam   //   My Life  //  No Comments
Let's get a $1.99 Web Hosting

Semalam sebelum membeli juadah berbuka, aku dan wife ke Proton Edar Senawang untuk melihat-lihat model terbaru Saga Special Edition (SE). Sebenarnya kami memang bercadang nak beli sebuah kereta baru yang selesa, jarak separa jauh dan yang paling penting ianya mampu milik. Bila aku compare harga dan beberapa spesifikasi diantara kereta-kereta Perodua dengan kereta-kereta Proton jadi Proton Saga BLM menjadi pilihan. Bukan SE tapi hanya model M-Line sahaja. Sebab bila diperhatikan tak jauh bezanya tambahan istimewa dalam SE berbanding M-Line.

Kalau setakat tambahan body kit sporty, kusyen kulit dan beberapa yang aku rasa tak perlu hingga menaikkan harga kereta dan modal bayaran muka, lebih baik aku pilih M-Line sahaja. Body kit sporty boleh tambah kemudian, lebih banyak pilihan body kit sporty untuk Saga M-Line yang berada di pasaran sekarang ni. BTW kalau tak tambah body kit sporty pun dah menarik juga ingat nanti nak tukar sport rim aje, lagipun kereta ni untuk kegunaan wife aku pergi balik kerja agar lebih selesa dari kereta lama kami.

Jadi bila kami tengok harga bayaran bulanan untuk 9 tahun dan bayaran muka mengikut spesifikasi akaun bank akhirnya confirm booking Saga M-Line. Body kit sporty ke, sport rim ke apa-apa pun yang penting tunggu aje keputusan loan yang kemungkinan akan diperolehi minggu depan.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 14% [?]

Leave a comment


Advertising

Host Gator
CB Surge
Pakar Affiliate
Paypal

Twitter Updates

Archives

User Online

Visitor Counter

free log
Since June 2005

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.