Browsing articles from "October, 2009"

Menjemput Anda ke Catcheye.com.my

Oct 30, 2009   //   by Zam   //   Extra Income  //  No Comments
Let's get a $1.99 Web Hosting

Disini ada satu lagi program aku syorkan untuk menambah pendapatan. Bukan program cepat kaya yea… lambat kaya.

What Is Catcheye?

Catcheye.com.my is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn Catcheye reward points and use them to exchange for cash, free gifts, and more! The membership is FREE and every Malaysian can join.

Why Should I Join?

  • You will receive reward points by viewing our ads, which can be converted into cash or other prizes.
  • The more ads that you view, the higher your chance of winning our attractive monthly prizes such as jackpot, free gifts and more!
  • Earn more reward points by inviting others to join Catcheye. They will become part of your network and contribute a portion of their points to you!
  • With Catcheye’s charity programme, you can choose to associate yourself with a charity organization and raise fund for them by viewing ads.

Catcheye Referral Programme

  • Invite your friends to join Catcheye.com.my and earn referral rewards!
  • RM0.20 per member – first 100 new members you introduce to Catcheye.com.my
  • RM0.50 per member – for every subsequent referral!

Popularity: 5% [?]

Berakhirnya sebuah penantian…

Oct 18, 2009   //   by Zam   //   My Life  //  No Comments
Let's get a $1.99 Web Hosting

Posting tertangguh 16 Oktober 2009.

Seksa betul nak memiliki Proton Saga BLM baru ni. Pelbagai rintangan terpaksa kami tempuh untuk memilikinya. Awal pagi semalam sepupu aku call dengan berita baik mengatakan kereta dah ready untuk diambil dengan “zero” problem. Lagi sekali dia menyarankan aku untuk mengambilnya sendiri di Proton Edar 3S Glenmarie agar aku boleh bersoal jawab dengan orang yang membaik pulih kereta tersebut. Kebetulan wife aku cuti pulak semalam sebab nak hantar anak aku Marsya rutin medical check-up kat Klinik Ampangan. Jadi lepas selesai urusan di klinik sekitar 11.30 pagi, kami sekeluarga terus naik highway ke Glenmarie dengan kereta sepupu aku yang aku bawa balik aritu.

Sampai kat sana, sepupu aku pulak takde pi JPJ dia kata. Yang handle kami member dia bro Azmi a.k.a. yang menjadi juru menjawab segala persoalan lebih-lebih lagi soalan-soalan panas direct dari wife aku sendiri. Setelah beberapa ketika mendengar penjelasan dari bro Azmi berkenaan kereta Saga tersebut kat wife aku, akhirnya kereta Saga kami telah pun dilepaskan dengan sempurna.

So, nak uji keberkesanan servis yang dijalankan kami pun terus menyusuri highway balik ke Seremban. Sambil-sambil menyinggah jugak ke Putrajaya dan mengambil Angah aku di Pejabat Kastam tempat dia bekerja untuk sama-sama pi makan kat Alamanda Putrajaya. Pergh!, mencecet wallet aku nak bayar makan tengahari kat Alamanda ni… mahal siut! Nyesal pulak aku… hahaha.

Selepas hantar Angah aku balik opis, kemudian kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Tapi bila hampir sampai kat susur keluar Rasah, wife aku ajak pi ke Port Dickson pula. Aku tengok jam masih sempat lagi kalau nak melihat matahari terbenam, so kami terus aje ke sana. Sempat juga anak-anak aku mandi laut walaupun sementara sebelum masuk waktu Maghrib. Lepas makan, kami pun gerak pulang.

Jadi pemantauan kereta baru ni masih lagi kami lakukan sehingga kini dan kemungkinan sehingga our first service untuk 1,000 km nanti. Selepas itu tengoklah keadaan macam mana…

Popularity: 6% [?]

Wahai Proton!

Oct 13, 2009   //   by Zam   //   My Life  //  2 Comments
Let's get a $1.99 Web Hosting

Bengang… bengang… bengang betullah kepala otak aku ni nak memikirkan problem pembelian Proton Saga BLM kami ni. Urusan-urusan yang biasa telah pun settle dari hal-hal A-Z. Agreement dah pun wife aku sain. So semalam aku pergilah sorang-sorang tanpa ditemani wife aku (tuan punya kereta) ke Proton 3S Glenmarie nak ambik kereta. Kereta pun masa aku tengok dan tilik dah pun memuaskan hati luar dan dalam. Dah ditakdirkan, ngam-ngam masa aku nak bawa balik kereta tu ke Seremban (dah masuk kereta tapi belum lagi keluar dari pintu gate lagi), sekali aku tengok temperature naik melebihi 3 takuk asal hingga takuk yang kedua terakhir. Aduh… ape kebendalah problem lagi ni? aku tanya ngan sepupu aku tu… last-last masuk service bay, sampai Maghrib aku tunggu kat situ dan nak tahu masalah yang membuatkan suhu enjin Saga tu melonjak naik dan yang paling penting nak ceritakan problem tu dengan wife aku. Akhirnya, sepupu aku minta secara baik agar aku balik ke Seremban dulu dengan menaiki kereta dia. Dan tinggalkan kereta Saga tu untuk digodek-godek mencari punca masalah…

Latest news today, kereta tu masih belum diketahui punca-punca kerosakan bodohnya. Sepupu aku call kata Proton nak tarik balik kereta Saga tu masuk kilang semula untuk apa kebenda lagi yang diorang nak buat, tu aku tak tahu. Kalau tak boleh “on the road” harap Proton gantilah dengan kereta Saga yang lain. Segala urusan-urusan penambahan wang dan yang bersangkutan ke aku tak layan. Korang repairlah sampai kami boleh guna dan boleh dikategorikan untuk “on the road”.

Info:

Dari Proton Edar Cawangan Senawang 4hb. September – 30hb. September 2009 kereta Proton Saga BLM takde stok (iklan terbaru masih mengatakan yang mereka ada “stok ready” dan “fast delivery”.)

Dari sepupu aku Proton 3S Glenmarie 30hb. September – 12hb. Oktober 2009 hal-hal dokumen, loan, kastam, puspekum pun settle dengan cepat, kereta pun ada stok, dah ready nak bawa balik tapi sangkut dengan problem enjin.

Korang yang lain ada tak kena problem-problem sengal camni. Atau terdetik jugak kalau-kalau cam ade “bad luck” atau yang menghalang aje… ntah ler… Kena tunggu lagilah gamaknya…

Popularity: 7% [?]

Saga dan Windows 7 – Part 2

Oct 6, 2009   //   by Zam   //   My Life  //  No Comments
Let's get a $1.99 Web Hosting

Lamalah pulak tak mengupdatekan site ni. Nak kata sibuk sangat tu tak ler masih ada kelapangan dan sempat jugalah nak main Fifa09. Namun seminggu dua ni dah mula rancak semula dengan job-job banner dan backdrop Jabatan Belia dan Jabatan Kesihatan Negeri bersempena dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang di Port Dickson nanti. Tapi sebelum tu dikesempatan ini kira belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri buat semua surfer-surfer internet dan sesiapa juga yang menjadikan internet sebahagian dari hidup mereka. Kalau ada salah silap mahupun terkasar ayat ke mahupun bahasa mohon kemaafan seadanya.

Sebenarnya raya aku sefamily kali ni kureng meriah sikit. Read more >>

Popularity: 6% [?]


Advertising

Host Gator
CB Surge
Pakar Affiliate
Paypal

Twitter Updates

Archives

User Online

Visitor Counter

free log
Since June 2005

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.