Berakhirnya sebuah penantian…

Posting tertangguh 16 Oktober 2009.

Seksa betul nak memiliki Proton Saga BLM baru ni. Pelbagai rintangan terpaksa kami tempuh untuk memilikinya. Awal pagi semalam sepupu aku call dengan berita baik mengatakan kereta dah ready untuk diambil dengan “zero” problem. Lagi sekali dia menyarankan aku untuk mengambilnya sendiri di Proton Edar 3S Glenmarie agar aku boleh bersoal jawab dengan orang yang membaik pulih kereta tersebut. Kebetulan wife aku cuti pulak semalam sebab nak hantar anak aku Marsya rutin medical check-up kat Klinik Ampangan. Jadi lepas selesai urusan di klinik sekitar 11.30 pagi, kami sekeluarga terus naik highway ke Glenmarie dengan kereta sepupu aku yang aku bawa balik aritu.

Sampai kat sana, sepupu aku pulak takde pi JPJ dia kata. Yang handle kami member dia bro Azmi a.k.a. yang menjadi juru menjawab segala persoalan lebih-lebih lagi soalan-soalan panas direct dari wife aku sendiri. Setelah beberapa ketika mendengar penjelasan dari bro Azmi berkenaan kereta Saga tersebut kat wife aku, akhirnya kereta Saga kami telah pun dilepaskan dengan sempurna.

So, nak uji keberkesanan servis yang dijalankan kami pun terus menyusuri highway balik ke Seremban. Sambil-sambil menyinggah jugak ke Putrajaya dan mengambil Angah aku di Pejabat Kastam tempat dia bekerja untuk sama-sama pi makan kat Alamanda Putrajaya. Pergh!, mencecet wallet aku nak bayar makan tengahari kat Alamanda ni… mahal siut! Nyesal pulak aku… hahaha.

Selepas hantar Angah aku balik opis, kemudian kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Tapi bila hampir sampai kat susur keluar Rasah, wife aku ajak pi ke Port Dickson pula. Aku tengok jam masih sempat lagi kalau nak melihat matahari terbenam, so kami terus aje ke sana. Sempat juga anak-anak aku mandi laut walaupun sementara sebelum masuk waktu Maghrib. Lepas makan, kami pun gerak pulang.

Jadi pemantauan kereta baru ni masih lagi kami lakukan sehingga kini dan kemungkinan sehingga our first service untuk 1,000 km nanti. Selepas itu tengoklah keadaan macam mana…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 5% [?]


You may like this: Make money from your Website or Blog

Tags: , , ,

This entry was posted on Sunday, October 18th, 2009 at 1:49 am and is filed under My Life. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply