Portfolio > Projects | Illustrations | Design | Photo | 3D World
All of the big projects I've been working on, or have been a part of in the past.
Newest Projects[nggallery id=14 template=sample1]
Oldies Projects[nggallery id=7 template=sample1]
This are some of my oldies. I'm still organizing the latest artwork's to put in this portfolio...
Rate my works: [ratings]
Illustrations
Portfolio > Projects | Illustrations | Design | Photo | 3D World
Vector art and finished illustration work + logo's and identities. All drawn with 2D-programs for companies or individuals and also for other projects.
[nggallery id=9 template=sample1]
Rate my works: [ratings]
Design
Portfolio > Projects | Illustrations | Design | Photo | 3D World
Graphic designs and fun stuff-designs made for myself.
[nggallery id=10 template=sample1]
This are some of my oldies. I'm still organizing the latest artwork's to put in this portfolio...
Rate my works: [ratings]
Photo
Portfolio > Projects | Illustrations | Design | Photo | 3D World
A small collection of photo editing and image manipulation for individuals.
Wedding Custom Album[nggallery id=11 template=sample1]
Rate my works: [ratings]
3D World
Portfolio > Projects | Illustrations | Design | Photo | 3D World
A collection of my 3D digital artwork such as 3D model, mapping, lighting, set-up scene and rendering with programs like Poser 7. Hey! i'm still newbies... and i like doing it!
[nggallery id=12 template=sample1]
My Personal Gallery at Renderosity
Poser Exotique on Renderosity
Warning!: Explicit material content
Selected Image By DAZ
1. DAZ Galleries for March 2007
2. DAZ Galleries for Hall of Fame
Rate my works: [ratings]
Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidap anda mudah.
Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.
Kenapa?
Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.
Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).
Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.
Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.
1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)
Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.
Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan adalah seorang usahawan internet sepenuh masa yang dihormati. Beliau juga pakar dalam mempromosikan produk affiliate tempatan dan luar negara. Program “Pakar Affiliate” beliau merupakan perkongsian ilmu pemasaran berdasarkan pengalaman beliau dan jutawan internet Malaysia, Patric Chan. Dapatkan “Pakar Affiliate” di http://www.PakarAffiliate.com/?aff_id=2794 sekarang untuk mencungkil ilmu pemasaran berharga ini.
Hari ini dengan secara rasminya aku dah join salah satu perniagaan internet yang kini tengah hangat di pasaran sekarang.
Perniagaan Internet – Sistem Pemasaran Autoviral
Sistem ini telah wujudkan oleh sifoo Zamri Nanyan, salah seorang jutawan internet sekarang ni. Tujuan ia diwujudkan adalah untuk menolong anda membina kumpulan Global Domains International (GDI) secara automatik dan secara “viral”. Tetapi sebelum itu anda perlulah menyertai GDI.
1. Sertai GDI
Yang paling pentingnya program ini tanpa sebarang risiko.
GDI PERCUMA selama 7 Hari.
Ianya percuma selama 7 hari. Jadi, anda tak rugi apa-apa.
Tetapi jika anda masih lagi berminat untuk mengetahui tentang GDI secara mendalam, anda boleh lawati link dibawah ini:
Disini ada satu lagi program aku syorkan untuk menambah pendapatan. Bukan program cepat kaya yea… lambat kaya.
What Is Catcheye?
Catcheye.com.my is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn Catcheye reward points and use them to exchange for cash, free gifts, and more! The membership is FREE and every Malaysian can join.
Why Should I Join?
You will receive reward points by viewing our ads, which can be converted into cash or other prizes.
The more ads that you view, the higher your chance of winning our attractive monthly prizes such as jackpot, free gifts and more!
Earn more reward points by inviting others to join Catcheye. They will become part of your network and contribute a portion of their points to you!
With Catcheye’s charity programme, you can choose to associate yourself with a charity organization and raise fund for them by viewing ads.
Seksa betul nak memiliki Proton Saga BLM baru ni. Pelbagai rintangan terpaksa kami tempuh untuk memilikinya. Awal pagi semalam sepupu aku call dengan berita baik mengatakan kereta dah ready untuk diambil dengan “zero” problem. Lagi sekali dia menyarankan aku untuk mengambilnya sendiri di Proton Edar 3S Glenmarie agar aku boleh bersoal jawab dengan orang yang membaik pulih kereta tersebut. Kebetulan wife aku cuti pulak semalam sebab nak hantar anak aku Marsya rutin medical check-up kat Klinik Ampangan. Jadi lepas selesai urusan di klinik sekitar 11.30 pagi, kami sekeluarga terus naik highway ke Glenmarie dengan kereta sepupu aku yang aku bawa balik aritu.
Sampai kat sana, sepupu aku pulak takde pi JPJ dia kata. Yang handle kami member dia bro Azmi a.k.a. yang menjadi juru menjawab segala persoalan lebih-lebih lagi soalan-soalan panas direct dari wife aku sendiri. Setelah beberapa ketika mendengar penjelasan dari bro Azmi berkenaan kereta Saga tersebut kat wife aku, akhirnya kereta Saga kami telah pun dilepaskan dengan sempurna.
So, nak uji keberkesanan servis yang dijalankan kami pun terus menyusuri highway balik ke Seremban. Sambil-sambil menyinggah jugak ke Putrajaya dan mengambil Angah aku di Pejabat Kastam tempat dia bekerja untuk sama-sama pi makan kat Alamanda Putrajaya. Pergh!, mencecet wallet aku nak bayar makan tengahari kat Alamanda ni… mahal siut! Nyesal pulak aku… hahaha.
Selepas hantar Angah aku balik opis, kemudian kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Tapi bila hampir sampai kat susur keluar Rasah, wife aku ajak pi ke Port Dickson pula. Aku tengok jam masih sempat lagi kalau nak melihat matahari terbenam, so kami terus aje ke sana. Sempat juga anak-anak aku mandi laut walaupun sementara sebelum masuk waktu Maghrib. Lepas makan, kami pun gerak pulang.
Jadi pemantauan kereta baru ni masih lagi kami lakukan sehingga kini dan kemungkinan sehingga our first service untuk 1,000 km nanti. Selepas itu tengoklah keadaan macam mana…
Bengang… bengang… bengang betullah kepala otak aku ni nak memikirkan problem pembelian Proton Saga BLM kami ni. Urusan-urusan yang biasa telah pun settle dari hal-hal A-Z. Agreement dah pun wife aku sain. So semalam aku pergilah sorang-sorang tanpa ditemani wife aku (tuan punya kereta) ke Proton 3S Glenmarie nak ambik kereta. Kereta pun masa aku tengok dan tilik dah pun memuaskan hati luar dan dalam. Dah ditakdirkan, ngam-ngam masa aku nak bawa balik kereta tu ke Seremban (dah masuk kereta tapi belum lagi keluar dari pintu gate lagi), sekali aku tengok temperature naik melebihi 3 takuk asal hingga takuk yang kedua terakhir. Aduh… ape kebendalah problem lagi ni? aku tanya ngan sepupu aku tu… last-last masuk service bay, sampai Maghrib aku tunggu kat situ dan nak tahu masalah yang membuatkan suhu enjin Saga tu melonjak naik dan yang paling penting nak ceritakan problem tu dengan wife aku. Akhirnya, sepupu aku minta secara baik agar aku balik ke Seremban dulu dengan menaiki kereta dia. Dan tinggalkan kereta Saga tu untuk digodek-godek mencari punca masalah…
Latest news today, kereta tu masih belum diketahui punca-punca kerosakan bodohnya. Sepupu aku call kata Proton nak tarik balik kereta Saga tu masuk kilang semula untuk apa kebenda lagi yang diorang nak buat, tu aku tak tahu. Kalau tak boleh “on the road” harap Proton gantilah dengan kereta Saga yang lain. Segala urusan-urusan penambahan wang dan yang bersangkutan ke aku tak layan. Korang repairlah sampai kami boleh guna dan boleh dikategorikan untuk “on the road”.
Info:
Dari Proton Edar Cawangan Senawang 4hb. September – 30hb. September 2009 kereta Proton Saga BLM takde stok (iklan terbaru masih mengatakan yang mereka ada “stok ready” dan “fast delivery”.)
Dari sepupu aku Proton 3S Glenmarie 30hb. September – 12hb. Oktober 2009 hal-hal dokumen, loan, kastam, puspekum pun settle dengan cepat, kereta pun ada stok, dah ready nak bawa balik tapi sangkut dengan problem enjin.
Korang yang lain ada tak kena problem-problem sengal camni. Atau terdetik jugak kalau-kalau cam ade “bad luck” atau yang menghalang aje… ntah ler… Kena tunggu lagilah gamaknya…
Lamalah pulak tak mengupdatekan site ni. Nak kata sibuk sangat tu tak ler masih ada kelapangan dan sempat jugalah nak main Fifa09. Namun seminggu dua ni dah mula rancak semula dengan job-job banner dan backdrop Jabatan Belia dan Jabatan Kesihatan Negeri bersempena dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang di Port Dickson nanti. Tapi sebelum tu dikesempatan ini kira belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri buat semua surfer-surfer internet dan sesiapa juga yang menjadikan internet sebahagian dari hidup mereka. Kalau ada salah silap mahupun terkasar ayat ke mahupun bahasa mohon kemaafan seadanya.
Sebenarnya raya aku sefamily kali ni kureng meriah sikit. Read more…
Hi, my name is Muzamli Mihat. I am a Graphic Designer at my own company Media Digital Services, specializing in Computer Graphic Design and Advertising. This is my site, my portfolio and my personal blog. Read more about me...