Panduan mengaktifkan Maybankard Visa Debit
Maybankard Visa Debit dapat berfungsi sebagai kad ATM dan kad visa TETAPI anda perlu aktifkan dahulu sebelum ianya dapat menjadi kad visa debit.
Di bawah ini ditunjukkan cara – cara mengaktifkan Visa debit card daripada Maybank untuk urusan internet. Anda hanya perlu melakukannya dengan beberapa langkah mudah sahaja di Maybank2u.
1. Masuk ke akaun Maybank2u anda.
2. Klik pada bahagian “Maybankard Secure Online Shopping Registration”.
3. Isikan maklumat yang diperlukan. Klik “submit”.
4. Anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.
Dengan langkah- langkah tersebut, sekarang anda boleh menyertai bisnes yang saya promosikan ini GDI atau bisnes antarabangsa yang lain. Sekiranya ANDA masih tidak dapat atau tak reti2 nak aktifkan sendiri, sila ke Maybank & minta bantuan pegawai bank. Mereka dengan berbesar hati boleh membantu anda.
Popularity: 8% [?]
Maybankard Visa Debit
Salah satu masalahnya bila kita mempromosikan sesuatu bisnes internet lebih-lebih lagi bisnes antarabangsa adalah bab pembayaran. Bila sebut sahaja pembayaran yang menggunakan kredit mahupun debit kad ramai yang akan mencebik mulut dan mengatakan yang mereka tidak mempunyai kad-kad tersebut.
Ya, memang betul. Ramai di antara kita yang tidak memiliki kredit atau debit kad, tetapi ramai yang masih memiliki kad ATM Maybank (Maybankard yang berwarna kuning tu). Sekarang penyelesaian yang paling mudah bagi masalah tersebut ialah anda boleh menukarkan kad ATM Maybank yang sedia ada tu kepada Maybankard Visa Debit (Yang ada buah ceri).
Apa kelebihannya Maybankard Visa Debit ini?
Kelebihannya anda boleh menggeluarkan wang di ATM di dalam dan di luar negara seperti biasa, boleh gunakannya untuk pembayaran bil atau pindah wang dan yang paling utamanya anda boleh berbelanja di semua outlet atau kedai-kedai yang menerima Visa. Dan bagi pemilik bisnes internet antarabangsa, anda boleh mengaktifkan akaun Paypal anda menggunakan Maybankard Visa Debit ini. Ingat ya! ini kad debit bukan kredit. Saya harap anda faham perbezaan diantara kredit dan debit. Kad Kredit adalah kad yang membolehkan kita membayar sesuatu tanpa mempunyai wang dahulu (kira kad hutanglah ni, guna dulu bayar kemudian), tapi Kad Debit pula adalah kad yang membolehkan kita membayar HANYA jika wang kita cukup di dalam akaun bank kita.
Untuk penukaran kad saya tekankan di sini bahawa penukaran kad dari Maybankard ke Maybankard Visa Debit akan dicaj sebanyak RM12.00. Kalau akaun baru ianya percuma.
Jadi bagi usahawan internet yang baru ingin melangkah ke dunia bisnes internet yang luas ini, sila ke Maybank dahulu dan tukarkan Maybankard (Kuning) ke Maybankard Visa Debit (Buah Ceri) dengan segera.
Popularity: 6% [?]
Twitter Updates
Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005












