Muzamli.com » windows 7

Saga dan Windows 7 – Part 2
Lamalah pulak tak mengupdatekan site ni. Nak kata sibuk sangat tu tak ler masih ada kelapangan dan sempat jugalah nak main Fifa09. Namun seminggu dua ni dah mula rancak semula dengan job-job banner dan backdrop Jabatan Belia dan Jabatan Kesihatan Negeri bersempena dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang di Port Dickson nanti. Tapi sebelum tu dikesempatan ini kira belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri buat semua surfer-surfer internet dan sesiapa juga yang menjadikan internet sebahagian dari hidup mereka. Kalau ada salah silap mahupun terkasar ayat ke mahupun bahasa mohon kemaafan seadanya.

Sebenarnya raya aku sefamily kali ni kureng meriah sikit. Harapan agar mendapat kereta Proton Saga baru sebelum raya hanya tinggal impian hampeh aje… setakat hari ini dah masuk sebulan dah penantian aku dari 4hb. September yang lepas. Tak guna betullah Pusat Proton Edar Senawang ni… nama aje pusat… pusat kereta buruk adalah… kalau ikut hati merajuk aku nak aku siku jurujual yang menguruskan pembelian kereta saga aku tu. Bukan aku nak memburukkan nama cuma rasa tak puas hati dengan janji, statement “ready stok” dan “fast delivery” yang buat aku kembang tekak dan hidung kembang kuncup bila teringat statement tu… kekeke. Janji, janji, janji… janji sebelum raya… lepas tu 30hb… kemudian janji 15hb. Oktober pula baru ada kereta. Memang ko takde rezekilah kawan nak dapat komisen. Aku nak tolong ko tapi ko tak dapat nak tolong aku… maaf ler…

Aku dah malas nak tunggu-tunggu lagi, jadi minggu lepas aku pi cerita dengan sepupu aku yang kerja jurujual kereta Proton di Shah Alam.Pada mulanya aku memang taknak menyusahkan diri nak beli Saga dengan dia, sebab aku lebih prefer dengan pusat yang berhampiran kediaman aje, akhirnya terpaksa juga aku ambik kat dia. Jadi hari Rabu (30 September) minggu lepas dia turun Seremban ambik dokumen, Khamis dia submit dengan bank dan Jumaat pihak bank pula call untuk pengesahan. Hari ini (6 Oktober) sepupu aku call kata loan dah lulus tinggal nak sign agreement dan ambik kereta. Kereta dia dah booking awal-awal (ready stock) tinggal untuk urusan pendaftaran dengan JPJ aje lagi. Ini yang betul-betul aku harapkan. Kalau aku tahu dari awal boleh dapat cepat macam ni, better aku ambik dengan dia aje hari tu… ;-(

Betullah kata sepupu aku tu, bezanya dapat cepat atau lambat adalah bergantung pada jurujual tersebut, bezanya antara jurujual rajin dan pemalas aje… tunggu ajelah hujung minggu ni, macam mana pengakhiran cerita Saga aku ni…

Beralih pada cerita sistem pengoperasian Microsoft yang terbaru Windows 7. Jadi aku dah install Windows 7 ni beberapa hari sebelum raya yang lepas. Tips yang pertama sekali nak aku tekankan disini ialah kalau boleh buatkan dual boot. Satu boot masih menggunakan sistem yang asal (contoh Windows XP) dan satu lagi installkanlah Windows 7 ni. Sebab kebanyakan driver untuk printer, scanner dan berkemungkinan ada sesetengah driver-driver untuk hardware yang lain masih ditahap XP lagi belum sepenuhnya “available” untuk Windows 7.

Ok, nanti aku sambung bab Windows 7 ni di posting yang lain untuk dikongsikan bersama.

Saga dan Windows 7
Manalah Saga baru ni… hehehe. Dah masuk 14 hari semenjak booking aritu, btw loan atas nama wife aku dah lulus Jumaat minggu lepas itu pun kena campur tangan dari aku jugak untuk kelulusan kira-kira nak penjamin juga la. Sekarang ni tengah tunggu nak sain aggreement dan dokumen-dokumen berkaitan, tapi bilanya nak sain tak tau le. Harap-harap dapatlah guna sebelum raya ni, tapi tengok gaya macam lepas raya jer… Tak kisah ler dapat cepat ke tak, yang penting tengah dalam proses. Bukan aku aje yang beli kereta sebelum raya kat situ, malah ramai lagi yang tengah dok tunggu kereta bila nak keluar… hahaha sabar ajelah…

Tinggal beberapa hari lagi nak raya, client-client ada yang dah slowdown dan ada yang dah bercuti raya. Jadi dikesempatan ini aku mengambil keputusan untuk mengupgrade PC aku ke Windows 7. Bukan demo yea… tapi full oem lagi tu… hahaha. Dapat review yang mengatakan Windows 7 ni lebih baik dan lebih cepat berbanding Windows Vista dan XP sendiri… itupun dari review online aje… biar aku install dan lihat sendiri kemampuan gigabyte PC aku yang bakal digigit oleh Windows 7 keluaran terbaru Microsoft ni.