Transformers: Revenge of the Fallen
Dalam sibuk2 aku dengan projek album eksklusif sempat juga aku sekeluarga plus adik ipar aku pergi menonton wayang cerita Transformers: Revenge of the Fallen semalam di Jusco Seremban 2. Wife aku dah siap2 beli tiket kelmarin dapat seat yang paling atas sekali… he2. Jadi show start jam 4.30 petang habis dalam 6.15 or 6.30 something. Before that sempat juga alas perut kat food court. Read more >>
Popularity: 11% [?]
Fobia
Fobia, dalam mengikut kata kamus; k.n. phobia; lasting abnormal fear or great dislike. Dalam bulan Jun ni aje dah banyak perkataan serta perilaku “fobia” ini digunakan ketika aku berurusan mengenai konsep2 design dengan jabatan. Dah naik menyampah a.k.a. meluat bila aku submit konsep ada aje komen dan perubahan mengenai warna. Lebih2 lagi kalau warna itu yang melibatkan warna biru lembut & hijau. Orang2 jabatan ni ntah kehapa ntah yang fobia sangat dengan warna biru lembut dan warna hijau. Diorang kata warna biru lembut ni warna biru parti pembangkang PKR dan warna hijau ni pula warna parti PAS… hahaha… diorang tak fikir pula warna biru gelap dan merah sama seperti warna parti DAP… tapi warna ni tak pulak menjadi soal… duh! Read more >>
Popularity: 12% [?]
Semalam dan Hari Ini…
Ketemu kita sekali lagi.
Semenjak aku upgrade enjin wordpress ni ke versi 2.7.1 aritu so far problem yang aku dapat kesan ialah apabila aku nak upload imej ke posting. Bila aku klik aje Upload/Insert => Add an Image browser Mozilla Firefox nih terus crash. Klik aje crash… klik aje crash… hampeh betul. So solution sementara ni bila aku nak upload imej aje aku guna Internet Explorer. Aku dah lama tak guna browser IE ni sebab aku lebih prefer Firefox than IE… sorry Microsoft… hu3
Projek Jabatan Belia masih tertangguh lagi. Mungkin petang ni aku sambung sudahkan 10 item lagi. Dia bila 1 item dah settle, masuk pulak 1 item baru lagi kira macam job “tangkap muat” la ni. Tapi aku tak kisah, 20 item pun aku boleh settlekan… rezeki tu. Semalam dah public holiday, aku pulak pi Gemencheh hantar rombongan pinangan anak jiran mak mertua aku. Pagi ni pulak bermalas-malasan aje. Fikir nak hantar adik ipar aku ke stesen Terminal 2, tapi adik ipar aku yang sorang lagi ni pulak nak hantar so aku pass ajelah.
Aku tengah draftkan sesuatu untuk posting di bawah Extra Income. Maybe menarik maybe tercarik… aku pun tak tau. Just take it or leave it.
Ok till next time…
Popularity: 15% [?]
Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku…
Tak sempat juga aku nak siapkan album eksklusif perkahwinan no. 2 bro Razali semalam. Sebab pukul 2 petang aku dah ke rumah mak mertua aku untuk sambutan hari lahirnya yang ke 57. Balik ke rumah pun dah lewat petang jadi pengurusan masa untuk projek tu semalam tergendala. Aku akan update posting ni nanti dengan gambar2 disekitar majlis sambutan hari lahir mak mertua aku tu. Happy birthday mum… Puan Zaharum binti Kassim. Actually kami sambut juga dengan potong kek sambutan hari guru buat 3 orang pakcik dan makcik sebelah wife aku. He3… meriah jugak ler… Selamat Hari Guru buat Datin Zakiah binti Kassim, Jemiah binti Kassim dan husband dia Mizan. Read more >>
Popularity: 21% [?]
I’m back typing…
Hari ini genap 2 tahun arwah mak aku kembali ke rahmatullah. Belum lagi berkesempatan nak buat kenduri arwah dan sebagainya. Cuma aku sempat jua mensedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaassin khas buat arwah. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan dipelihara sebaiknya serta digolong dikalangan ahli2 syurgaNya… Insya’allah. Read more >>
Popularity: 15% [?]
Sukaneka PASTI Kawasan Rembau 2009
Semalam telah berlangsung Majlis Sukaneka Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bagi kawasan Rembau yang telah diadakan di Kompleks Sukan Negeri, Paroi. Kalau mengikut masa, majlis akan berlangsung jam 8.00 pagi. Namun kami sekeluarga mahupun ramai lagi ibubapa dan anak2 yang baru juga sampai terkial-kial mencari parking. Marsya yang masih tidur pun aku bawak sekali. Bukan aku taknak hantar dia ke rumah mak mertua aku, tapi ini adalah acara keluarga so aku nak Mirza dapat serba sedikit support dari keluarga termasuk adik dia ni untuk menaikkan semangat dia.
Popularity: 38% [?]
Selepas Cuti Persekolahan
Hari ni hari pertama minggu persekolahan selepas seminggu sekolah bercuti. Seperti biasa, anak sulungku Mirza Alyssa liat sangat nak ke PASTI pagi tadi. Masih lagi “school holiday sickness”. Hu3…
Aku pula, hari ni rasa nak rehat seharian, nak update blog yang dah seminggu aku lepaskan dan mungkin juga nak tengok HBO, itupun kalau anak aku bagi tukar channel selain Playhouse Disneynya. Job semua dah settle cuma tinggal 3-4 kerat yang memerlukan konfirmasi dari client. Kempen Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dah pun berlalu dan yang paling latest Kempen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan minggu lepas. Keseluruhannya job dari jabatan belia tu sememangnya job urgent tahap “giler”. Petang bagi, malam nak tengok artwork… walau bagaimanapun alhamdulillah aku dapat settlekan dengan sempurna dan client pun berpuas hati, program pun dah settle. Read more >>
Popularity: 16% [?]
SMS Scammer
Hari ni aku dapat satu khidmat pesanan ringkas (sms) yang membuatkan aku rasa terdetik untuk aku sharekan dengan korang semua. Sms ni takdelah sehebat mana, cuma boleh dikategorikan sebagai sms tipu daya bagi sesiapa yang terpedaya. Lebih-lebih lagi kalau sms ni diperolehi oleh orang2 tua berumur lebih 70 tahun… kandungan sms tersebut…
From: 62003
RHBbank:Pelanggan yg dihormati,Pd 2/10/08 anda telah belanja credit card anda di IOI mall sbyk RM4862, kod belanja:CR653a,sila urus byrn dgn cepat.tel:03-86590243
First of all, aku memang ada akaun RHB tapi aku takde langsung mempunyai kad kredit. Aku dah lama tak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur… he3… pelik betullah… dan yang penting, sms dari bank tak guna shortform2 seperti “yg”, “sbyk” dan “byrn”… Dan aku tak pula nak telefon nombor telefon yang tertera tu… buat habis kredit jer kalau aku call. Maybe scammer tu yang jawab atau nombor orang yang teraniaya.
Itulah akibatnya kalau terlalu banyak SMS CENTRE yang diwujudkan terhasil dari program2 yang kita lihat di akhbar. Ada yang jujur dan ada pula yang “menangguk di air keruh” lebih2 lagi waktu ekonomi tengah sakit ni. Penyalahgunaan khidmat SMS CENTRE untuk menjahanamkan hidup orang lain. Udah2 ler…
Popularity: 38% [?]
Majlis Aqiqah Marsya Aleeya
Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Marsya Aleeya telah berlangsung pada hari Ahad, 11 Januari 2009 yang lepas. Sepatutnya majlis bermula pada jam 10.30 pagi mengikut jadual, namun sebaliknya yang berlaku pada pagi tersebut bila pasukan berzanji yang diupah telah sampai lebih awal pula, 9.00 pagi!. Aku tak taulah camne perbincangan mak mertua aku dengan ketua pasukan tersebut.
Aku pulak pagi tu terbabas (terlajak tidur) tup2 bila bangun ada 4 mis call dan 2 sms… dan jam dinding menunjukkan 9.00 pagi. Aku tak tidur kat rumah mak mertua aku, malam tu aku balik tidur kat rumah aku… tu yang sedap tidur, tanpa gangguan apa2. Tengok phone, wife aku bagi sms minta tolong bawakan baju kurung dia dan baju anak2 aku Mirza dan Marsya dan lebih mengharukan bila aku tengok detail mesej dihantar pada jam 7.30 pagi. Aduh… dah terlewat ni… Read more >>
Popularity: 81% [?]
Twitter Updates
Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.
Recent Comments
I always visiting...
Archives
Tags
User Online
Visitor Counter
Since June 2005










